Blog Cikgu haizat P5
Ahad, 17 April 2011
Masalah Saya Yang Saya Tidak Ceritakan Kepada Ibu Bapa
Selasa, 5 April 2011
Bencana di Jepun
Selasa, 8 Februari 2011
Apakah Yang Boleh Saya Lakukan Untuk Mencapai Cita-cita.
Selasa, 25 Januari 2011
Apakah Masalah Yang Sering Mengganggu Fikiran Saya
Sabtu, 4 September 2010
Masalah Razi
Kamu dikehendaki membantu Razi menyelesaikan masalahnya. Berikan pendapat atau cadangan yang positif dalam anggaran 100-150 patah perkataan.
Masalah Razi
Nama saya Razi. Saya mempunyai seorang ayah dan seorang ibu yang penyayang. Apa yang saya inginkan selalu mereka turutkan. Ayah saya bekerja manakala ibu pula adalah seorang suri rumah sepenuh masa.
Baru-baru ini, saya telah mendapat seorang adik lelaki. Adik saya kini berusia lima bulan. Saya gembira kerana menjadi seorang abang. Namun, kegembiraan itu hanya sementara.
Kini, ibu dan ayah saya sudah tidak menyayangi saya lagi. Mereka hanya menumpukan perhatian kepada adik saya sahaja. Ibu sudah tidak menyediakan makanan untuk saya lagi. Saya perlu mengambilnya sendiri. Dia juga jarang bertanyakan tentang pelajaran saya, tidak seperti dulu. Jika saya memintanya membuatkan sesuatu untuk saya, dia selalu menyuruh saya membuatnya sendiri.
Ayah pula terus mencari dan bertanya tentang adik apabila pulang dari kerja. Dia tidak menghiraukan saya lagi. Saya sudah hilang tempat bermanja. Ibu bapa saya tidak menyayangi saya lagi. Saya rasa seperti mahu lari dari rumah.
Razi
11 tahun